*bukak blog sendiri selepas bukak blog partner praktikum*
Ini dah masuk kali ke berapa ratusribujuta kali aku menanam kilang tebu ditepian bibir.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku dapat save kan duet membeli gula pasir untuk hari persandingan nanti.
Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan aku, kadar aku untuk merepek-repekan-meraban adalah berkadar terus dan bertambah. Tetapi dalam jangka masa sampai bila, itu yang aku sendiri tak dapat nak membuat ramalan menggunakan strategi Kajian Masa Depan.
Wkwkwkwkwkwkww..
*pejam mata*
Minggu depan dah mula internship. Sekejapan masa merentas pantas.
Tanpa rasa kebersalahan meninggalkan aku, kehidupan remajaku dan jiwaku.
Sekejapan rasa dunia ni menipu bila tanya diri sendiri - "Eh dah 5 tahun rupanya kat sini?"
Tipuu ! Tak percaya lah ! Dah nak habes dah? Alaaa +.+ Bosannya. Heh !
Segala yang bakalan berakhir ini cuma aku harapkan akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Tanpa sebarang permasalahan; kecil atau besar. Bukan mudah sebenarnya untuk sampai ke tahap sekarang. Yaa..dah puas tak tidur malam, dah puas menangis, dah puas rasa diketepikan, dah puas segala-gala rasa..takkan tak boleh nak sabar untuk temph yang sedikit je ni?
Come on ! Kau pernah hadap benda lebih besar dari yang ni kan?
Maka, adalah lebih baek aku bersiap-sedia dari sekarang agar..
...agar aku dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan enak ! Kakakakaa...
pesanan terlalu ringkas : Salam 1 Syaaban =)
No comments:
Post a Comment